Forum Komuniti Rajalawak
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rajalawak Forum Rules

Go down

Rajalawak Forum Rules Empty Rajalawak Forum Rules

Post  rajalawak Sun Oct 28, 2007 1:32 pm

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah, Forum https://rajalawak.board-directory.net ini baru saja dibuka, harap forum kami akan berkembang. Kami ingin mengucapkan terima kasih atas kesetiaan anda bersama kami.

Untuk memelihara keadaan forum ini agar sentiasa dalam keadaan baik dan tidak mengundangkan masalah, sila ikut peraturan di bawah. Peraturan ini telah diperbaharui.

Peraturan Asas

Spam
1. Jangan SPAM secara melampau.
2. Jangan post semata-mata untuk satu atau dua perkataan. Post yang sebegini tidak berguna sama sekali, contohnya "Ya", "Cun", "OK", "Aku tak tau". Post smiley sahaja juga tidak dibenarkan.
3. Jangan respon yang anda tidak boleh jawab/bantu. Contohnya "sori aku tak dpt tolong", "ntah aku tak tau". Post sebegini boleh dianggap spam yang serius dan tidak membantu.
4. Post yang baik adalah sekiranya isi kandungan yang anda tulis itu membantu atau menjawab, relevan dengan tajuk thread tersebut. Post yang tidak ada makna dianggap spam malah boleh menyusahkan dan menyakitkan hati orang lain.
5. Sila jangan lari topik(off topic) sehingga 4-5 post berturut-turut dalam satu thread. Sekiranya memerlukan perbincangan off topic, sila buat topik baru atau post di topik yang ada kaitan dengan topik tersebut. Ataupun buat amaran off topik (OT).
6. Jangan post berturut-turut dalam satu topik, di mana jarak waktu post adalah terlalu dekat. Gunakan fungsi EDIT sekiranya hendak menambah maklumat dalam post terakhir anda.
7. Jangan gunakan forum ini seperti tempat chatting seperti hanya 2 orang post sesama sendiri dalam waktu yang dekat/tanpa ada time gap dan orang lain mencelah.
8. Jangan flood (bukan banjir)
9. Jangan post semata-mata hendak menambah post count.

Buka topik baru
(topik pertanyaan, bantuan)
1. Jangan buat topik dah ada, topik yang sama yang sudah dibuat/dibincangkan.
2. Gunakan fungsi search untuk mencari persoalan yang anda cari.
3. Jangan buka topik yang hanya untuk kepentingan diri sendiri. Contohnya "tolong aku, mana nak dload anime ini?"
4. Cari dulu, GOOGLE dulu. Kalau maklumat yang anda cari itu tiada barulah boleh memohon bantuan. Usaha sendiri itu penting, jangan malas cari dan menyusahkan orang lain.
5. Pastikan tajuk thread yang anda buka itu sesuai dengan bahagian forum itu. Takkanlah nak buat topik 'cara memasak' dalam forum komputer.
(topik umum, fakta dan maklumat untuk perbincangan)
1. Pastikan topik yang anda buat itu belum ada.
2. Si pembuka topik itu haruslah menjelaskan secara terang apakah yang hendak dibincangkan dalam post tersebut.
3. Tajuk thread hendaklah terang, kena dengan isi kandungan dan mudah difahami. Jangan letak topik yang mengelirukan seperti "tolong aku", "macam mana ni", "aku tak tau nak wat camne".
4. Kandungan topik itu haruslah sesuai dengan keadaan, di bahagian forum yang betul dan tidak memudaratkan semua pihak.

Flame
1. Jangan post secara biadap dan kurang ajar.
2. Jangan post perkara yang boleh menyinggung perasaan, menimbulkan kemarahan atau kebencian kepada ahli lain.
3. Perbezaan pendapat tidak mengapa, boleh. Namun sekiranya post anda mengandungi fitnah, mencaci, mengutuk individu, mencetuskan kekecohan, mengganggu 'privacy' ahli lain, ini adalah haram sama sekali. Sebagai orang Malaysia, kita perlu menghormati hak dan pendapat setiap individu tersebut, lain la kalau dia buat salah teruk.
4. Jangan tunjuk hero dalam forum. Contohnya "aku la betul, ko salah, bodo ko","aku tak puas ati cara ko". Kalau dah menyampah tu, tegurla dengan cara baik. Jangan la nak gaduh dalam forum/thread.
5. Jangan keterlaluan menggunakan kata-kata vulgar, lucah, mencarut dan sebagainya.
6. Sila post dlm thread dalam cara baik yang tidak menyinggung perasaan ahli forum lain.
7. Flaming juga boleh menunjukkan keBODOHan anda sendiri.

penggunaan tag gambar, youtube dan spoiler
1. Sila guna tag spoiler untuk post yang mengandungi gambar yang bersaiz besar.
2. Sila jangan post gambar yang terlalu besar resolutionnya. Jika ya, resize dahulu atau gunakan tagCODE[IMGS]http://gambar.anda.com/gambar.jpg[/IMGS]3. Jangan post gambar yang berunsur lucah dan boleh menyinggung perasaan ahli lain.
4. Penggunaan tag YouTube masih baru lagi, dan penggunaannya adalah seperti post gambar. Sila gunakan tag spoiler untuk hidekan video yang anda post itu.
5. Sila jangan menyalahgunakan tag spoiler yang disediakan. Gunakan tag spoiler sebaiknya untuk menutup 'spoiler' sesuatu cerita, atau maklumat yang boleh merosakkan mood orang lain.

pengiklanan
1. Jangan post sebarang pengiklanan yg berbentuk produk, servis, forum samada ia berupa jual-beli produk, perkhidmatan seperti prepaid, unsur berkaitan MLM, khidmat hosting, webdesign, commission, referral atau affiliate dan sebagainya. Ia tidak dibenarkan sama sekali, kecuali mendapat kebenaran & persetujuan dari Admin(SaiyaMan) dan MODs.
2. Sekiranya ada ahli berbuat demikian, dengan membuka thread baru, sila jangan layan atau reply. Biar MODs sendiri akan bertindak.
3. Web/forum ini tidak menyokong sebarang kegiatan pornografi, warez, piracy (software, movie, audio since it licensed over the world, anime takpe bb lesen dia lain), hacking, cracking, terrorism, war, racist, hatred dll yg sewaktu dengannya.

Lain-lain
1. Sekiranya ada orang asing yang tidak tahu berbahasa melayu, post dalam bahagian SaiyaMan.INFO Malay ini, sila hiraukan. Jangan layan. Post mereka akan dibiarkan, dipindahkan ke bahagian lain atau dibuang.
2. Fakta, maklumat yang diambil dari tempat lain harus diberi credit kepada si penulisnya. Sertakan link sekali.
3. Biasanya setiap thread ada 'peraturan'nya tersendiri di page pertama. Sila browse di permulaan thread tersebut untuk memahami tentang apa thread itu.

Kuasa Moderator dan Admin
1. Pihak MODs dan Admin berhak untuk mengunci(LOCK) atau memadam(REMOVE) mana-mana topik yang dirasakan tidak sesuai dan melanggar syarat.
2. Pihak MODs dan Admin berhak untuk mengubah, memindah, membuang atau menyunting mana-mana post yang dirasakan tidak sesuai untuk ditunjukkan.
3. Jangan komplen tentang MODs - Sekiranya ada masalah ataupun soalan, sila PM MODs, dan jangan komplen dalam threads.

rajalawak
Admin
Admin

Male Number of posts : 10
Age : 31
Tempat Tinggal : Terengganu
hobi : Bermain Bola Sepak
Wargenegara : Malaysia
Registration date : 2007-10-28

https://rajalawak.board-directory.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum